Tuesday, 31 December 2013

Catatan terakhir 2013

Assalamualaikum,

Sampai sudah hari yang  terakhir untuk tahun 2013...hari ini gak menghabiskan annual leave yang terakhir di tahun ini hakhakhak..Sambil tu pergi menunaikan kewajipan yang perlu di buat untuk 2013..Alhamdulilah berpeluang untuk berzakat harap tahun depan pun ada rezeki lagi Amin.. (*^▽^*)


                  kaunter bukak jam 8.30 ingat nak jadi yang pertama rupanya ada orang lagi awal 

Petangnye pulak sambil menunggu mykbw dibasuh dan di polish sempat lagi nak cuba Texas Chicken..Em rasanya macam KFC gak la yang bestnye air boleh refill banyak kali lak tu macam-macam rasa hehe.Boleh sesapa nak lepak lama-lama kat sane


ni combo set 2 ketul ayam


bil siap tulis lagi akak baju pink (*/∇\*)

coleslaw & mash potatoes

Sekian untuk hari ini. ( ^_^)/
Entry terakhir  untuk 2013 maaf andai ada terkasar bahasa atau tersilap tingkah laku pada tahun ini  (シ_ _)シ

selamat tahun baru 2014  
jadikan tahun 2014 lebih baik dari tahun 2013 .....


yours truly
athirahsafarudin

YES 2013

Assalamualaikum 
Nak akhir tahun ni semua nak sale kan..So saya akan membuat promosi YES2013 jugak...yeaaaaa..Antaranya
 
1. Marine Essence Liquid bodywash/shampoo
Sebotol RM33
Now Promotion 
 2 botol RM60

2. Mineral Coffee
Sekotak RM26.50
Now Promotion 
2 kotak RM50

3. BB Plus Collagen


Sekotak RM180
Now Promotion 
1 kotak RM160
2 kotak RM300


4. Premium Beautiful

Now Promotion 
Free gift 1 kotak Mineral Coffee, 1 bottle Marine Essence and 1 bottle PB wash
****(Promotion For Cash Buyer only)

Promosi ini sehingga 31/12/2013
 Untuk yang berminat dan serious buyer only.

Contact/wassap/emel/wechat/LINE me NOW

untuk order/dropship

athirahsafarudin@gmail.com

0133566589

Sunday, 29 December 2013

Tiada lagi

Assalamualaikum,

Hah apa yang tiada lagi ni.Macam-macam yang tiada antaranya tiada lagi ruam aka @eczema dekat badan yeahh.tiada lagi segala cream dan ubat..tiada lagi doktor hahaha...Alhamdulilah..Dari kecik sampai ke besar ni selalu ada masalah gatal2 dekat kulit badan asyik nak pakai ubat je.Penat la gak tapi nak buat camna kan.Sekarang ni sejak diperkenalkan dengan satu produk ni alhamdulilah kulit badan pun rasa licin.lembut tak menggerutu cam dlu fuh.. 


macam gambar kat atas ni la dlu kulitnye (ihsan google)

ni la antara cream @ ubat yang guna tak termasuk ubat makan lagi  (>_<)

Sekarang dah jumpa produk yang terbaik untuk digunakan iaitu jeng2 Marrine Essence  bodywash yang mempunyai bahan yang terbaik antaranya bamboo salt,tea tree oil,glycerin,vit e dan macam-macam lagi

 
pengganti cream sekarang ( ´ ▽ ` )ノ

Selain itu 
#cerahkan ketiak dan celah-celah badan 
#kurangkan dan membantu untuk hilangkan gatal-gatal badan dan kesan radang eczema
#kurangkan pigmentasi pada kulit 
#melembutkan kulit
#sesuai untuk semua peringkat umur

So sapa-sapa yang rasa nya nak cuba boleh la pm sya ye

yours truly 
athirahsafarudin 

Saturday, 28 December 2013

Happy Birthday Syakir

Assalamualaikum,
 

Tarikh hari ini 28/12/2013 adalah hari jadi yang ke-13 untuk Syakir.Dalam family dia last sekali lahir hehe ...Semoga menjadi anak yang soleh dan taat juga menjadi tahfiz yang berjaya di dunia dan akhirat.Lusa ni nak balik ke sekolah dah jangan main-main lagi kena perah otak nak hafal banyak lagi 2.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYs-p9MHYi-TsDywF1MuGy3f5QntlUC1gzruSZCJ5UgXiG6adLb6lRaqcjbuFrM1RkFvpovtZB1cNvD8ciZsVV4uPl9G-IzSyGLv9j1b128oZng1WxiFmI93KC4-C3UxFa8BolhPl3UYmF/s1600/DSC00077.JPG

Friday, 27 December 2013

Jumaat yang terakhir

Assalamualaikum,

Alhamdulilah dapat melalui lagi hari Jumaat yang terakhir pada tahun 2013 1434/1435 H.Semoga tahun depan dapat melaluinya lagi..Amin
Perkongsian mengenai kelebihan hari Jumaat ^__^



1. Jumaat penghulu segala hari.
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Jumaaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah. Iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

2. Membaca Surah Al-Kahfi disinari cahaya dua Jumaat
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

3. Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah memberi rahmat 10 kali
Rasulullah bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

4. Diampuni dosa
“Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

5. Doa tidak ditolak
Rasulullah bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

6. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

7. Diselamatkan daripada fitnah kubur
Rasulullah bersabda, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” (HR At-Tirmizi)

8. Nabi Adam dicipta dan disingkirkan dari syurga.
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

9. Berlakunya Hari Qiamat.
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

source :-Ustazah Siti Khadijah


Thursday, 26 December 2013

HS giveaway

Assalamualaikum semua,

GA yang join kali ni special ckit sebab dah lama jadi silent reader akk ni dari dia duk kt Jepun lagi.Seronok bace pengalaman dia kat sne..Ni baru 1st time dia buat GA..ape lagi kita support la kan hehehe mana tahu bertuah..lagipun hadiah GA best dress gitu....Jom sume join GA ni Hanasakura
Hah tengok hadiah GA ni bestkan..

Mintak2 bertuahla ye..Amin...GA ini  akan berakhir pada 31 Disember 2013....

Wednesday, 25 December 2013

My Mom's Best December giveaway

http://www.mymomsbest.us/2013/12/my-moms-best-december-giveaway.html#comment-form 
klik banner untuk join ^__^

How to win this?

  1. Click g + 1 button on Google + Follower, you can see this on left corner of this blog.
  2. Blog this giveaway and link to this blog www.mymomsbest.us and this post.
  3. You must complete above in order to join this giveaway!
  4. Giveaway ends on 31 December 2013 midnight.
  5. Come back to this blog to see if you are winner, winner given 48 hours to email me.
Good luck.
 

Bubur jagung home made

Assalamualaikum,

Semalam lepas balik kerja terus godek peti ais haha lapar sangat katakan .Ada jagung manis yang beli kat pasar tani  ahad lepas.Terus dapat idea nak buat bubur jagung ..pe lagi terus google resepi ^____^ bubur jagung mudah .Dah ramai yang letak resepi ni dalam blog tapi yang menarik perhatian dari blog ni resepi bubur jagung

Bahan-bahan :-

batang jagung
gula
garam
Air
Sekotak santan
Dua helai daun pandan

Cara-cara
Setelah jagung dihiris. Masukkan air dan jagung ke dalam periuk. Air tu kalau boleh sama banyak dengan jagung. Api pelan dan biarkan dalam 10minit. Lepas tu letak garam dah gula. Ikut kemanisan masing2.
Lepas tu biarkan dalam 15minit lagi

Then letak santan kotak + air lagi. Kali nie nak bubuh air ikut suka ko. Nak bubur tu banyak air, ko bubuh la banyak airnye. Nak bubur tu air sikit so letak la air sikit.Jangan lupa letak daun pandan. Kasik simpul la itu daun pandan..
 
Yang saya buat ni version sendiri..tak letak pun daun pandan pas2 letak pewarna kuning telur bagi kuning ckit hehe..Alhamdulilah jadi dengan sempurna 1st time kut buat ni.

 
bubur jagung version sendiri ^__^

Ada setengah orang suka suka sejuk bubur ni so boleh letak dalam peti ais baru makan.

 P/s :- Merry Chirstmas kepada semua yang menyambutnya

yours truly
athirahsafarudin

Tuesday, 24 December 2013

Family Vacation ~~~ Kuching -Day 2

Assalamulaikum,

Dah 2 3 hari draft heheh..

Hari ke 2 di Kuching Sarawak.Kami pergi ke  Pasar Serikin,Bau awal pagi disebabkan ramai yang cakap pada hari Ahad buka sampai jam 2 sahaja.Pasar ni famous sebabnye sempadan dengan Indonesia ramai pemiaga dari sane.Weekend saja ada

Pekan Bau


 parking baru lepas hujan RM2



telekung ada jual di sini



kusyuk tengok bola mainan dalam air


tak ramai orang lagi

hujung sekali pasar basah






kerepek pisang best




Tempat yang menarik ada di kawasan Bau selain Pasar Serikin ialah Gua Angin,Gua Pari-Pari dan Tasik Biru tapi kami hanya sempat pergi ke Gua Angin sahaja tiket masuk rm1 per person dan ada sewa lampu suluh rm3




welcome :)
ada 3 trail


excited nak masuk hehe


dalam gua


nak ambil gambar ni kene tahan bau najis kelawar tapi maintain senyum







Hari kedua ini saja yang dapat di kunjungi ^____^


Yours truly
athirahsafarudin

Friday, 20 December 2013

Family Vacation ~~~ Kuching -Day 1

Assalamualaikum,

Alhamdulilah dah habis bercuti untuk tahun ini  dari 14/12-17/12  yeahhh...tapi kali ini percutian amat memenatkan.Untuk hari yang pertama banyak habiskan masa di airport kuching je sebab banyak trip yang nk sampai huahuahua nasib baik la ada internet dapat online cerita hakhak tak bosan sangat la

Trip pertama (k.man)

 Kl-Kuching  7.30am-9.00am

Trip kedua (syahir,syakir & me)
Kl-Kuching 2.55pm-3++pm

Trip ketiga (ma,abah,safwan,syahmi & syafi)
Labuan-KK-Bintulu-Kuching  7.30am-9.30 pm

Hah banyakkan trip..berapa lama bertapa kat airport 2 hahaha..

Masa nak landing teruja tengok kawasan Kuching sebab banyak sangat sungai macam puzzle pulak..Subhanallah time 2 awan tebal lak..

















dah landing...kena pergi imigresen dlu...resit yang diberi 2 kene simpan la (lupe nak snap)










dah siap semua kena tggu last trip pulak smpai jam 9.30pm







 untuk pengangkutan dan penginapan diuruskan oleh abah...tinggal di homestay area bandar baru semariang....semua dah sampai person in charge untuk kereta baik hati nak bawak kami pergi pusing bandar Kuching dan terus ke homestay ada dua bilik dan dua bilik air..puas hati la semua barang baru heheh  dapur lupa nak snap..






Berakhirlah hari pertama yang memenatkan

yours truly 
athirahsafarudin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...