1. Barli – Baik untuk demam, mrupakan penyejuk badan.
2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, “Barangsiapa di dalam rumahnya
tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan”, ia juga baik
dimakan ketika mengandung.
3. Buah Tin – Ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.
4. Anggur - Rasulullah S.A.W. sangat gemar akan anggur. Ia
membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah
pinggang, dan mencuci usus.
5. Madu – Dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur
dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan
perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut,
penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada
waktu pagi bersama air suam.
6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, “Tiada
seorangpun wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal
menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya”.
7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba
daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia
menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan,
dan menjauhkan daripada nyanyuk.
8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat
yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan
menahan daripada lumpuh.
9. Minyak Zaitun – Rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.
10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun
12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, “Minuman terbaik di dunia ialah
air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan
dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru”.
Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka,
‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.
Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang
baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada
para rasul, seperti firmanNya dalam surat Al Mukminun ayat 52: “Hai
rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan
kerjakanlah amal yang shaleh.” Allah juga berfirman dalam surat Al
Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki
yang baik-baik.” Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan
perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu
menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: “Ya Robbku, Ya Robbku”,
sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia
diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan
mengabulkan doanya? (HR. Muslim)