Friday 27 September 2013

Papa johns

Assalamualaikum,

Nak sambung cerita time abah datang..Sebelum abah datang haritu ade beli groupon papa johns so plan nak bawak abah makan kat situ...
Ahad tengah hari lepas habis beli barang pergi Jusco Wangsa Maju..

Sampai sana nasib baik tak ramai org lagi so cepatla order..lepas order ramai yang datang..tapi kat situ sorang je pekerja..dia la tukang ambik order..tukang kemas meja..tukang serve makanan..cashier..serve customer..ada la customer yang marah2 lupe nak snap gambar..gambar makanan je ada hehe

Thursday 26 September 2013

Kleenex contest

Assalamualaikum

Semangat nak share kan...alhamdulilah baru je dapat parcel menang contest tapi tak grand la...dapat menda yang biasa je hehe..menang gak kan...ni yang semangat nak join macam2 contest lagi ni :)

Monday 23 September 2013

Buah oh buah

Assalamualaikum,
Alhamdulilah minggu ni dapat berjumpa abah..abah balik kampung pasir mas kelantan..balik tengok nenek,rumah dan kebun...rezeki abah balik kali ini rambutan dan dukong menjadi.

Apa lagi mintak abah tolong post buah la sikit heheh...Dengan kudrat abah dapat la jugak... :)

Ni pun semua jasa arwah atuk berbudi pada tanah..nak harapkan kami memang tak la..dah lama tak tengok banyak2 cmni..dh bertahun sebab dah lama tak balik kampung time musim buah

Ni pun abah buat balik Labuan...syahir bawak je asrama...bile lagi ntah nak dpat buah banyak camni .. emmm ..
Layan je gambar :)

Saturday 21 September 2013

MINI GIVE AWAY By T-SHIRT MUDAH TERENGGANU

 

Syarat-syarat penyertaan:-
  • Yang beralamat di Malaysia Sahaja
  • Follow Blog T-shirt Mudah Terengganu
  • Like page T-shirt Mudah Terengganu 
  • Buat entry bertajuk " MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU"  & buat backlink ke entry ini.
  • Copy and paste gambar diatas sahaja untuk buat entry..
  • Tinggalkan Link di bahagian komen..
^_____^

Thursday 19 September 2013

BVSM (BIO VELOCITY SLEEP MATE)

Assalamualaikum,

Kejadian last Jumaat 7/9/2013 seperti biasa GLAM ada menyediakan kelas untuk menambah ilmu juga berkongsi motivasi dan menambah semangat tapi yang istimewa pada malam itu ada jemputan khas untuk  berkongsi mengenai produk BVSM by CDM Kevin



demo by CDM Kevin




APA ITU BIO VELOCITY SLEEP MATE ?



Bio velocity sleep mate ( BVSM) adalah pelapik tilam yang dibuat khas untuk memenuhi keperluan individu. BVSM menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma.



Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. So, apabila kita bangun daripada tidur, akan berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti. 


Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BVSM.




Apa itu teknologi Bio Velocity?



Tindak balas BIO VELOCITY terhadap badan manusia




MEDAN TENAGA MANUSIA
Matahari adalah sumber tenaga yang menggerakkan kehidupan dalam bumi. Benda hidup adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan eletron-elektron di dalam badan kita menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima. Dengan kata lain, tenaga adalah daya hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan semangat manusia. 
Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam dan di sekeliling badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh badan untuk mengekalkannya dalam keadaan 'sihat'. Medan tenaga manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-sel badan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang unik kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan organ-organ lain mempunyai tenaga dan beresonan ke atas frekuensi tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan semua frekuensi yang diperlukan untuk rangsangan dan penyelarasan organisma yang muktamad. 
Faktor pengaruh kesihatan
* Ancaman ubat kimia, racun, bahan pengawet 
* Gaya hidup tidak sihat menyebabkan tubuh badan berasid, daya tahan imunisasi.
* Pencemaran alam sekitar dan pengunaan komputer dan alat elektronik (ancaman radiasi)

Kepentingan tidur yang berkualiti.





Manusia menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur, oleh itu tidurndan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Penting untuk kesihatan fizikal dan mental dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita.



Kepentingan tidur


- Semua sel badan akan diperbaharui dan diaktifkan

- Kegiatan otak seperti mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan

- Memguatkan minda dan kesedaran

- Tenaga otak dipertingkatkan, melindungi otak dan meningkatkan minda.

- Melambatkan proses penuaan, memanjangkan umur

- Menggalakkan pembaharuan sel kulit, meningkatkan kecantikan kulit.

- Menggalakkan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak.

- Untuk kesihatan mental, meningkatkan daya tumpuan dan keupayaan.




Keistimewaan BVSM


1. Meningkatkan metabolisme

2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel

3. Menggalakkan peredaran darah

4. Meningkatkan pertahanan badan

5. Meningkatkan tahap medan tenaga

6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan

7. Memulihlan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan

8. Bersemangat dan bertenaga

9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi.

10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi fizikal

11. Melegakan kepenatan dan kesakitan

12. Merangsangkan dan menyelaras sistem saraf autonomik

13. Menggalakan fungsi jantung

14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti.



Menarikkan macam-macam keistimewaan BVSM ini..

For demo
athirahsafarudin@gmail.com

0133566589

Tuesday 17 September 2013

First Giveaway Vallarys




SYARAT

  • Like page Vallarys
  • Follow Instagram. (kalau takde instangram. mention  di entry ya :D )
  • Tagged dua orang rakan blogger anda.
  • Copy banner di atas. Letak di entry.
  • Nyatakan nama facebook dan instagram di entry. 
  • Letak link entry di ruang komen.
  Saya tag k.shida
 dan 
 
FB:athirahsafarudin
IG:athirahsafarudin

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Sunday 8 September 2013

Tasik titiwangsa vs Spagheti goreng

Assalamualaikum,

Hari ni dari pagi bangun nak pergi jogging..Alhamdulilah tercapai jugak..pergi tasik titiwangsa.Baru pertama kali dapat pusing satu taman yeah...Rupa-rupanya setiap hari Ahad ada senaman aerobik dekat situ sempat join tadi hehe.


Dah balik dari jogging lapar pulak..selongkar2 ada mee spagheti lebihan potluck akak semalam.Pe lagi mintak bantuan pakcik google la..Jumpa resepi ni tapi bahan tak cukup guna apa yang ada dalam peti ais je huahua tapi rasa boleh tahan la nyum2




Bahan-Bahan:
Spaghetti
Udang *ganti dengan ayam
3-4 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 tbsp jus limau nipis
1 tbsp butter
Serbuk black pepper
Parsley flakes
Garam
Gula
Daun sup *tak letak sebab takde

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang putih.
2. Masukkan udang, serbuk black pepper, parsley flakes, garam, gula dan sedikit air. Masak sehingga udang masak. Ketepikan.
3. Gunakan kuali yg sama, masukkan butter dan jus limau nipis. Panaskan sehingga bertukar warna keperangan.
4. Masukkan spaghetti dan udang yg telah dimasak tadi. Gaul rata.
5. Angkat dan taburkan sedikit daun sup.
6. Hidangkan.

kredit to Spagheti goreng bawang putih

Thursday 5 September 2013

Testimoni premium beautiful

Assalamualaikum,

Hari ini nak share dengan semua testimoni latest pemakaian konsisten premium beautiful

Any question @free fitting boleh contact sye :)
0133566589
athirahsafarudin@gmail.com

Tuesday 3 September 2013

Harga bahan api naik 20 sen

Assalamualaikum,


Semalam laman sosial dipenuhi dengan topik hangat harga RON95 dan diesel naik 20 sen menjadikan

Harga baru RON95:RM 2.10/liter
Harga baru diesel:RM2.00/liter

tapi alhamdulilah harga barang di bawah masih lagi sama :)

 
Set Marrine Essence

 
 Mineral Coffee

BBplus Collagen



Premium beautiful 

Contact/wassap/emel/wechat/LINE me NOW

untuk order/dropship/pengedar

athirahsafarudin@gmail.com

0133566589

Monday 2 September 2013

Sunday 1 September 2013

Renungan~~ kenapa kita gagal dalam hidup

Assalamualaikum,

Dapat diberi kesempatan ruang dan masa untuk join group bermotivasikan diri.Alhamdulilah macam-macam perkongsian yang saya dapat dari group ini.Saya akan kongsikan serba sedikit yang saya dapat hari .Antaranya kenapa kita gagal dalam hidup ini tak kisah dari aspek yang mana pun


1) Orang gagal kerana mereka belajar dari orang yang salah
2) Mereka bertanya pendapat kepada mereka yang tidak expert dalam sesuatu bidang.
3) Mereka tidak mahu meniru apa yang orang berjaya buat. Sebaliknya, meniru apa orang gagal buat.
4) Mereka berada dalam pulau alasan dengan kata lain banyak memberi alasan. Dan kadang kadang terpaksa berfikir untuk mencari alasan untuk 'menyedapkan' hati yang mereka

Banyakkan sebab mengapa kita gagal.Dulu pun saya begini juga dan selalunya dalam pulau alasan.Alhamdulilah saya diberi peluang untuk mendekati group yang orang dah berjaya dan dibuka minda..Alhamdulilah sekali lagi.

"Dikelilingi orang yang positif,kita pun akan jadi positif"
"Dikelilingi orang yang negatif,kita pun akan jadi negatif


 


 Be positive :)
athirahsafarudin@gmail.com
0133566589

Hello september

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...