Wednesday, 23 October 2013

Makanan untuk elak risiko kanser payudara

Assalamualaikum,
Nak berkongsi dengan semua artikel mengenai kanser payudara.
Ini merupakan beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser ini. 

Buahan dan sayur sayuran
Buah buahan merah (lobak, tomato) oren dan sayur – sayuran yang kaya dengan karotenoid boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20 peratus. Karatenoid boleh didapati dalam tomato dan lobak merah.

Ikan & kacang
Menurut British Medical Journal, Asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan dapat meningkatkan sistem imunisasi seseorang dan juga melancarkan peredaran darah. Ia dapat mengurangkan risiko sebanyak 14 peratus . Asid lemak ini juga boleh ditemui dalam kacang seperti mentega kacang .

Buah beri
Strawberi dan rasberi mengandungi kandungan asid elagik yang tinggi. Asid elagik bukan sahaja membantu mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, tetapi juga kanser kulit, pundi kencing dan paru – paru bermasalah.

Makanan yang mempunyai vitamin D
Vitamin D boleh didapati daripada kacang soya, badam atau susu. Makanan ini mempunyai kandungan Vitamin D yang tinggi.

Bijirin
Bijirin kaya dengan serat. Penyelidikan membuktikan bahawa dengan mengambil 10 gram bijirini sehari dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 7 peratus.


dari sumber yahoo
yours truly 
athirahsafarudin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...